Saturday, 8 November 2014

Akhlak itu penting.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita mengelakkan diri disebabakan mulut kita yang selalu menjatuhkan mereka.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita berasa tidak selesa disebabakan tingkah laku kita yang tidak mesra.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita berasa sakit hati disebabkan kejahatan kita pada mereka.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita berasa tak suka disebabakan perangai kita yang mengada-ngada.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita hilang rasa hormat disebabkan sikap kita yang kurang ajar.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita menjadi lebih teruk disebabkan kita mendedahkan dosa yang dibangga-bangga.

Janganlah menjadi diri yang apabila orang bertemu dengan kita menjadi lesu dan pemalas disebabkan kita yang tidak menghargai masa.

TAPI!
JADILAH DIRI YANG BOLEH MENJADI INSPIRASI KE ARAH KEBAIKAN SETIAP KALI ORANG BERTEMU DENGAN KITA.
BERAKHLAK MULIA ITU PENTING DAN MERUPAKAN ANTARA SALAH SATU CARA BERDAKWAH.

Friday, 16 May 2014

Kata-kata Mutiara

''Orang yang menjaga kehormatan dirinya, Allah akan menjaga kehormatannya. Orang yang merasa cukup, Allah akan mencukupinya, dan orang yang bersabar, Allah akan membuatnya sabar''. (HR Bukhari Muslim)

''Orang yang paling dicintai Allah adalah orang yang paling bermanfaat. Amal yang paling disukai Allah adalah membuat orang muslim bahagia atau menghilangkan kesulitannya, membayarkan hutangnya dan mengusir laparnya. Berjalan bersama seorang muslim untuk memenuhi keperluannya lebih aku sukai daripada beriktikaf didalam masjid selama satu bulan. Barang siapa menutup amarahnya, nescaya Allah akan menutup auratnya, dan barang siapa menyembunyikan kemarahan yang boleh dia tumpahkan jika dia berkehendak, maka pada hari kiamat Allah memenuhi hatinya denagn keredhaan''.
(HR Thabrani)

''Jika ada dua puluh orang yang bersabar diantara kamu, mereka dapat mengalahkan dua ratus orang musuh. Dan jika ada seratus orang yang sabar diantaramu, mereka dapat mengalahkan seribu orang kafir disebabkan orang-orang kafir itu golongan tidak mengerti''
 (Al- Anfal: 65)

''Allah tidak menyukai perintahnya dilaksankan dengan cara yang tidak teratur. Allah memerintahkan agar barisan perjuangan berada dalam keadaan yang tersusun rapi sebagaimana tersusunnya saf ketika sedang melakukan solat berjemaah'' (Imam Qatadah)

Friday, 9 May 2014

Tips Dalam Mendapatkan Pasangan.

Assalamualikum para pembaca sekalian....

Adakah kita sibuk membuka google mencari blog-blog yang boleh memberi ketenangan terhadap kekeliruan yang sedang kita hadapi. Mungkin tidak sengaja membaca mana-mana blog, mungkin tercari-cari penulisan yang boleh meredakan fikiran yang telah kosong untuk disedarkan semula.

JOdoh oh JOdoh... PasangaN OH PasangaN .....

Keadaan sekeliling kadang kala memberi inspirasi dan pengajaran dalam kehidupan kita. Perhatikan keadaan sekeliling sesuatu masyarakat. Bila si suami itu soleh, pasti isterinya solehah. Bila wanita yang bertudung labuh pasti dapat suami yang ala-ala ustaz.

"Hmm...TApi..................ada je pasangan yang dapat sebaliknya. Macam mane tu." Owh, itu ujian dari Allah kepada hambanya.

Ujian itu sementara, kita dapat lihat apabila pasangan itu menyimpang atau jahat kepada isteri atau suaminya yang soleh, Allah akan membukakan hati pasangan tersebut untuk berubah dan perubahan itu kadangkala lebih baik daripada pasangan mereka. Jikalau masih tidak berubah, Allah akan gantikan dengan pasangan yang lebih baik. Kerana kita sudah lama mengalami penderitaan mendapat pasangan tersebut. Jangan cepat berputus asa. Allah nak bagi kita ladang pahala disebabkan kita sentiasa redha dan sabar terhadap pasangan kita. Apa itu ladang pahala? Seperti yang kita tahu ladang merupakan kawasan yang digunakan untuk mengutip hasil setelah benih yang baik kita tanam. Begitu juga dengan ujian yang kadangkala terlalu lama kita hadapi, sabarlah, bila kita tanamkan dengan benih kesabaran, ikhlas bukannya pasarah, sentiasa berdoa sebenarnya tanpa kita sedari sudah berlimpah pahala yang Allah kurniakan kepada kita.

Carilah pasangan itu, melalui diri kita sendiri. Hal ini bermaksud lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mencari yang baik. Adakah kita ini cukup baik. Ya tidak semua diri kita adalah perfect. Baik itu bermacam hal sebenarnya. Mungkin kita baik terhadap sahabat, tetapi terhadap ibu bapa bagaimana? Adakah kita memandang ibu bapa sebagai insan yang mulia lebih dari rakan-rakan dan masyarakat. Sekiranya dengan ibu bapa kita tidak memandang mereka dengan hati yang penuh kasih sayang bagaimana pulak kita akan mendapat jodoh yang akan menghargai kita kelak.

Selain itu, perbaikilah amalan ibadah kita, walaupun kita tidak sealim mereka yang soleh dan solehah, cubalah buat perubahan diri sedikit demi sedikit. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah menyambut kita.

Sekiranya merasakan diri belum bersedia untuk berumah tangga (contohnya kepada student yang masih belajar) hindarilah diri daripada bercouple. Bercouple menyebabkan fikiran berserabut, sepatutnya banyak perkara yang kita boleh fikirkan, tetapi disebabkan couple fikiran kita akan menjadi sempit kerana hanya memikirkan kekasih yang masih belum halal. Sepatutnya kita boleh menjadi pelajar yang cemerlang, tetapi disebabkan sibuk bercinta sewaktu belajar, ramai yang terkandas, pointer jatuh, tiada kebebasan, ketenangan disudut fikiran dan hanya membazir masa. Jangan risau, nyalakanlah hati dengan keyakinan jodohku sudah ditetapkan.

Fokuslah dengan kehidupan yang kita sedang lalui sekarang. Sekiranya kita sudah menjadi suami atau isteri orang, berubah lah dahulu sebelum mengharapkan pasangan kita berubah. Bagi mereka yang masih belajar, galilah ilmu sedalamnya, jangan bazirkan fikiran kita melayang memikirkan kekasih yang belum tentu jodoh kita. Bagi yang sudah mempunyai kesediaan untuk berumah tangga tetapi masih belum bertemu idaman hati, yakinlah kalau ada jodoh tidak akan ke mana. Lihat lah diri dahulu, perbaiki hubungan kita dengan Allah. Mudah mudahan dipermudahkan urusan.

Kesimpulannya, janganlah risau, janganlah resah, memikirkan perkara yang boleh menggangu kehidupan seharian kita. Lihatlah umat islam di luar sana seperti di SYRIA, PALESTIN, GAZA, AFRIKA TENGAH, MESIR dan lain lagi. Mereka tiada masa untuk memikirkan hal percintaan, tetapi mereka sibuk berjihad bermandi darah mempertahankan islam....  sekian, wasalam.. =)

Pulanglah kepada Tuhan ...Cahaya Kehidupan...

Sudah menjadi lumrah kehidupan di dunia 
Cabaran dan dugaan mendewasakan usia 
Rintangan dilalui tambah pengalaman diri 
Sudah sunnah ketetapan ilahi 

Deras arus dunia menghanyutkan yang terleka 
Indah fatamorgana melalaikan menipu daya 
Dikejar dicintai bak bayangan tak bertepi 
Tiada sudahnya dunia yang dicari 

Begitu indah dunia siapa pun tergoda 
Harta pangkat dan wanita melemahkan jiwa 
Tanpa iman dalam hati kita kan dikuasai 
Syaitan nafsu dalam diri musuh yang tersembunyi 

Pulanglah kepada tuhan 
Cahaya kehidupan 
Keimanan ketaqwaan kepadanya 
Senjata utama 

Sabar menempuh jalan tetapkan iman di hati 
Yakinkan janji tuhan syurga yang sedia menanti 
Imanlah penyelamat dunia penuh pancaroba 
Hidup akhirat kita kekal selamanya

Monday, 27 January 2014

Mutiara Kata

Assalamualaikum....ღ ღ ღ ღ

Kadang-kala langit tak selalunya cerah, hari tak selalunya ceria, fikiran tak selalunya teratur, anggapan tak selalunya positif, mood tak selalunya baik, minda tak selalunya sedar, iman tak selalunya konsisten, IQ tak selalunya cerdik, persekitaran tak selalunya membantu, senyuman tak selalunya manis.

EceewwH... Betul pe??
Sebenarrrnyee....Aku suka baca kata-kata indah dari Prof Dr. Muhaya, hal ini kerana kata-kata nasihat dan motivasi yang diberikan oleh beliau tersangat-sangatlah  awesome..

So, ape kena mengena dengan perenggan kat atas tu,..cenggini sebenarnya. Manusia bukanlah robot. Manusia mempunyai perasaan, dan emosi, bukan setiap hari, hari yang kita miliki sempurna. Manusia sentiasa diuji, itulah fitrah insani. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi memanglah tak semudah yang disangka, tapi minda yang keruh, hati yang kesah perlu didamaikan  dengan kata-kata yang dapat menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan jalan kehidupan.

Disini, kali ini, hari ni, aku nak copy paste je ayat-ayat indah yang menarik perhatian ku ღ ღ ღ ღ

1) “Jauhkan prasangka buruk terhadap pasangan sama ada yang diucapkan dengan kata-kata atau dibacarakan dalam minda dan hati kita , kerana Allah akan bertindak sebagaimana yang kita fikirkan.Jika kita berfikiran buruk terhadap pasangan kita , maka perkara yang buruk yang difikir-fikirkan itulah yang akan terjadi.”

2) “Jika kita menjaga saat terjagalah minit.Jika kita menjaga minit akan terjagalah jam.Jika kita menjaga hari akan terjagalah bulan , dan akhirnya jika kita menjaga bulan akan terjagalah tahun.Jika kita ingin tahu keberkesanan seseorang dalam kehidupannya, lihatlah bagaimanakah mereka memaanfaatkan masa.”

3) Mereka yang tinggi harga diri suka menghargai. Jika harga diri rendah akan suka merendahkan orang lain dan mencari silap orang dan situasi. 

4) Sebenarnya tidak ada nikmat yang paling besar selain dari rasa dekat dengan Allah dan tidak memerlukan makhluk Allah. Jom lihat hati kita cenderung pada ALlah atau makhluk Allah. Cenderung pada redha Allah atau penghargaan manusia.

5) Katakan berulang kali segala perkara yang menjadi impian kita pada bila-bila masa, biarpun kita tidak tahu macam mana untuk mencapai segala hajat yang kita angan-angankan dan menjadi impian kita.

6) Lihat wajah kita, kalau payah senyum cuba banyakkan senyum.Daripada raut wajah, terbayang hati di dalam.Makin kurang senyum , makin senang menjadi sombong.Orang yang banyak harga diri suka menghargai.Orang yang kurang harga diri suka dihargai dan mencari penghargaan manusia”

7) "Niatkan esok untuk hidup penuh keimanan dan cari redha Allah dan betulkan kesilapan diri sendiri dan berhenti mencari kesalahan orang lain"

8) We do not own anything. We only experience with our mind. Correct our mind and our experience of life is always good and peaceful once we decide that life is beautiful.

9) Kehidupan kita sebenarnya dalam minda kita. Orang yang kita marah atau sayang bergantung pada cara minda kita proses apa yg berlaku pada kita.

10) Kita semua banyak silap dan sebaik baik orang yang silap ialah orang yang kembali kepada Allah dengan bertaubat.


Memang terbaiklah kata-kata semangat dan nasihat dari Prof Dr. Muhaya. Walaupun kadangkala kata-kata dan saranan yang diberikan telah menyedarkan, tak semestinya kudrat tindakan dapat dilaksanakan, tetapi sekurang-kurangnya telah memberi pencerahan untuk perancangan... wasalam