Assalamualikum para pembaca sekalian....
Adakah kita sibuk membuka google mencari blog-blog yang boleh memberi ketenangan terhadap kekeliruan yang sedang kita hadapi. Mungkin tidak sengaja membaca mana-mana blog, mungkin tercari-cari penulisan yang boleh meredakan fikiran yang telah kosong untuk disedarkan semula.
JOdoh oh JOdoh... PasangaN OH PasangaN .....
Keadaan sekeliling kadang kala memberi inspirasi dan pengajaran dalam kehidupan kita. Perhatikan keadaan sekeliling sesuatu masyarakat. Bila si suami itu soleh, pasti isterinya solehah. Bila wanita yang bertudung labuh pasti dapat suami yang ala-ala ustaz.
"Hmm...TApi..................ada je pasangan yang dapat sebaliknya. Macam mane tu." Owh, itu ujian dari Allah kepada hambanya.
Ujian itu sementara, kita dapat lihat apabila pasangan itu menyimpang atau jahat kepada isteri atau suaminya yang soleh, Allah akan membukakan hati pasangan tersebut untuk berubah dan perubahan itu kadangkala lebih baik daripada pasangan mereka. Jikalau masih tidak berubah, Allah akan gantikan dengan pasangan yang lebih baik. Kerana kita sudah lama mengalami penderitaan mendapat pasangan tersebut. Jangan cepat berputus asa. Allah nak bagi kita ladang pahala disebabkan kita sentiasa redha dan sabar terhadap pasangan kita. Apa itu ladang pahala? Seperti yang kita tahu ladang merupakan kawasan yang digunakan untuk mengutip hasil setelah benih yang baik kita tanam. Begitu juga dengan ujian yang kadangkala terlalu lama kita hadapi, sabarlah, bila kita tanamkan dengan benih kesabaran, ikhlas bukannya pasarah, sentiasa berdoa sebenarnya tanpa kita sedari sudah berlimpah pahala yang Allah kurniakan kepada kita.
Carilah pasangan itu, melalui diri kita sendiri. Hal ini bermaksud lihatlah diri sendiri dahulu sebelum mencari yang baik. Adakah kita ini cukup baik. Ya tidak semua diri kita adalah perfect. Baik itu bermacam hal sebenarnya. Mungkin kita baik terhadap sahabat, tetapi terhadap ibu bapa bagaimana? Adakah kita memandang ibu bapa sebagai insan yang mulia lebih dari rakan-rakan dan masyarakat. Sekiranya dengan ibu bapa kita tidak memandang mereka dengan hati yang penuh kasih sayang bagaimana pulak kita akan mendapat jodoh yang akan menghargai kita kelak.
Selain itu, perbaikilah amalan ibadah kita, walaupun kita tidak sealim mereka yang soleh dan solehah, cubalah buat perubahan diri sedikit demi sedikit. Selangkah kita kepada Allah, seribu langkah Allah menyambut kita.
Sekiranya merasakan diri belum bersedia untuk berumah tangga (contohnya kepada student yang masih belajar) hindarilah diri daripada bercouple. Bercouple menyebabkan fikiran berserabut, sepatutnya banyak perkara yang kita boleh fikirkan, tetapi disebabkan couple fikiran kita akan menjadi sempit kerana hanya memikirkan kekasih yang masih belum halal. Sepatutnya kita boleh menjadi pelajar yang cemerlang, tetapi disebabkan sibuk bercinta sewaktu belajar, ramai yang terkandas, pointer jatuh, tiada kebebasan, ketenangan disudut fikiran dan hanya membazir masa. Jangan risau, nyalakanlah hati dengan keyakinan jodohku sudah ditetapkan.
Fokuslah dengan kehidupan yang kita sedang lalui sekarang. Sekiranya kita sudah menjadi suami atau isteri orang, berubah lah dahulu sebelum mengharapkan pasangan kita berubah. Bagi mereka yang masih belajar, galilah ilmu sedalamnya, jangan bazirkan fikiran kita melayang memikirkan kekasih yang belum tentu jodoh kita. Bagi yang sudah mempunyai kesediaan untuk berumah tangga tetapi masih belum bertemu idaman hati, yakinlah kalau ada jodoh tidak akan ke mana. Lihat lah diri dahulu, perbaiki hubungan kita dengan Allah. Mudah mudahan dipermudahkan urusan.
Kesimpulannya, janganlah risau, janganlah resah, memikirkan perkara yang boleh menggangu kehidupan seharian kita. Lihatlah umat islam di luar sana seperti di SYRIA, PALESTIN, GAZA, AFRIKA TENGAH, MESIR dan lain lagi. Mereka tiada masa untuk memikirkan hal percintaan, tetapi mereka sibuk berjihad bermandi darah mempertahankan islam.... sekian, wasalam.. =)
No comments:
Post a Comment