Kadang-kala langit tak selalunya cerah, hari tak selalunya ceria, fikiran tak selalunya teratur, anggapan tak selalunya positif, mood tak selalunya baik, minda tak selalunya sedar, iman tak selalunya konsisten, IQ tak selalunya cerdik, persekitaran tak selalunya membantu, senyuman tak selalunya manis.
EceewwH... Betul pe??
Sebenarrrnyee....Aku suka baca kata-kata indah dari Prof Dr. Muhaya, hal ini kerana kata-kata nasihat dan motivasi yang diberikan oleh beliau tersangat-sangatlah awesome..
So, ape kena mengena dengan perenggan kat atas tu,..cenggini sebenarnya. Manusia bukanlah robot. Manusia mempunyai perasaan, dan emosi, bukan setiap hari, hari yang kita miliki sempurna. Manusia sentiasa diuji, itulah fitrah insani. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi memanglah tak semudah yang disangka, tapi minda yang keruh, hati yang kesah perlu didamaikan dengan kata-kata yang dapat menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan jalan kehidupan.
Disini, kali ini, hari ni, aku nak copy paste je ayat-ayat indah yang menarik perhatian ku ღ ღ ღ ღ
So, ape kena mengena dengan perenggan kat atas tu,..cenggini sebenarnya. Manusia bukanlah robot. Manusia mempunyai perasaan, dan emosi, bukan setiap hari, hari yang kita miliki sempurna. Manusia sentiasa diuji, itulah fitrah insani. Untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi memanglah tak semudah yang disangka, tapi minda yang keruh, hati yang kesah perlu didamaikan dengan kata-kata yang dapat menjadi pemangkin semangat untuk meneruskan jalan kehidupan.
Disini, kali ini, hari ni, aku nak copy paste je ayat-ayat indah yang menarik perhatian ku ღ ღ ღ ღ
1) “Jauhkan prasangka buruk terhadap pasangan sama ada yang diucapkan dengan kata-kata atau dibacarakan dalam minda dan hati kita , kerana Allah akan bertindak sebagaimana yang kita fikirkan.Jika kita berfikiran buruk terhadap pasangan kita , maka perkara yang buruk yang difikir-fikirkan itulah yang akan terjadi.”
2) “Jika kita menjaga saat terjagalah minit.Jika kita menjaga minit akan terjagalah jam.Jika kita menjaga hari akan terjagalah bulan , dan akhirnya jika kita menjaga bulan akan terjagalah tahun.Jika kita ingin tahu keberkesanan seseorang dalam kehidupannya, lihatlah bagaimanakah mereka memaanfaatkan masa.”
3) Mereka yang tinggi harga diri suka menghargai. Jika harga diri rendah akan suka merendahkan orang lain dan mencari silap orang dan situasi.
4) Sebenarnya tidak ada nikmat yang paling besar selain dari rasa dekat dengan Allah dan tidak memerlukan makhluk Allah. Jom lihat hati kita cenderung pada ALlah atau makhluk Allah. Cenderung pada redha Allah atau penghargaan manusia.
5) Katakan berulang kali segala perkara yang menjadi impian kita pada bila-bila masa, biarpun kita tidak tahu macam mana untuk mencapai segala hajat yang kita angan-angankan dan menjadi impian kita.
6) Lihat wajah kita, kalau payah senyum cuba banyakkan senyum.Daripada raut wajah, terbayang hati di dalam.Makin kurang senyum , makin senang menjadi sombong.Orang yang banyak harga diri suka menghargai.Orang yang kurang harga diri suka dihargai dan mencari penghargaan manusia”
7) "Niatkan esok untuk hidup penuh keimanan dan cari redha Allah dan betulkan kesilapan diri sendiri dan berhenti mencari kesalahan orang lain"
8) We do not own anything. We only experience with our mind. Correct our mind and our experience of life is always good and peaceful once we decide that life is beautiful.
9) Kehidupan kita sebenarnya dalam minda kita. Orang yang kita marah atau sayang bergantung pada cara minda kita proses apa yg berlaku pada kita.
10) Kita semua banyak silap dan sebaik baik orang yang silap ialah orang yang kembali kepada Allah dengan bertaubat.
Memang terbaiklah kata-kata semangat dan nasihat dari Prof Dr. Muhaya. Walaupun kadangkala kata-kata dan saranan yang diberikan telah menyedarkan, tak semestinya kudrat tindakan dapat dilaksanakan, tetapi sekurang-kurangnya telah memberi pencerahan untuk perancangan... wasalam