Saturday, 27 October 2012

ϟrase seperti ketinggalanϟ

Buat blog, delete blog... hahhaa itulah kerja aku,,hurmm insyaallah blog ni yg kekal untuk aku melunaskan apa yang terlintas difikiran, ape yang terbuku dihati, ape pendapat yang ingin dilontarkan dan secalit ilmu untuk dikongsikan bersama-sama.


Ade orang mengatakan penulisan kita menggambarkan identiti kita, tak kiralah penulisan kita di blog, status kita di facebook dan tweet kita di twitter. Memang benar serba sedikit kita akan mengenali perwatakan seseorang itu, so aku bukan nyer suka sangat untuk orang ramai mengenali aku, but.. bagi aku sangat rugi sekiranya sesuatu yang ingin kita lontarkan hilang begitu sahaja bagai angin yang lalu.

Realitinya, sejak zaman dahulu lagi golongan ulamak dan bijak pandai membukukan hasil karya pemikiran mereka sendiri, so walaupun aku rase aku agak ketinggalan dalam mengablog, hopefully ape yang aku buat ni bukan hangat-hangat tahi ayam. Hahaha macam serius bebenar je, mcm buat blog ni penting sangat,,Tapi aku sangat teruja jugak bila ada yang menjulang nama dengan hanya berblog. This is something yang sangat interesting bagi aku, dan well done kepada mereka yang dah dapat banyak members in their site.

No comments: