Sunday, 28 October 2012

ptptn

Entry kali ni nak cakap pasal ptptn, maklumlah duit ptptn dah nak masuk hujung bulan ni. Bagi sesiapa yang dapt jpa tu tahniah lah kat anda semua, dah tak payah susah-susah nak fikir pasal  bayar balek ptptn. Tapi aku hope agar aku akan dapt jpa untuk tahun kedua aku study. So, sementara tengah nak guna duit ptptn ni mai saya nak bagi tahu sedikit sebanyak tentang ilmu yang saya ada dalam mengurus wang ptptn. Ambik lah sehelai kertas yea kawan -kawan supaya mudah untuk kita membuat pengiraan.


Hah tengok dekat gambar tu, ''kompas wang''.
Gambar ni adalah contoh pengiraan bajet untuk saya berjaga-jaga bila duit ptptn dah masuk. Ce zoom, kalo boleh lah hahaha. Firstly, buat garis pangkah yang besar dan setiap ruang yang ada dalam pangkah tu tulislah huruf U,S,T,B seperti dalam kompas yang kita belajar dalam subjek geografi masa form 3 dulu.
                                                       U= untung
                                                       S=sampah
                                                       T=terpaksa
                                                       B=boros

haha, paham tak, kalo tak faham baca entry ni sampai habis lepas tu bace sekali lagi, insyaallah more understand. Hah, secondly meh saya huraikan ape nak kena buat. 30% daripada duit yang anda dapat adalah untuk bahagian ''UNTUNG''. Mcm mane nak dapat untung ini adalah pelajar perlu terlibat dalam keushawanan kecil seperti menjual top up, mengedar katalog, menjual sandwich dibawah blok kolej atau di kiosk kolej. Pada masa sekarang di setiap ipta subjek keushawanan diwajibkan kpd setiap pelajar, hal ini serba sedikit membantu anak muda melayu terutamanya, supaya lebih berminat dalam perniagaan selepas mereka graduate dan tidak hanya makan gaji semata-mata. 30% yang dimaksudkan adalah sebagai modal untuk kita membuat perniagaan kecil-kecilan. Kita akan mendapat backup money, dan akan feel yang duit ptptn kita tak susut secara mendadak malah seperti  duit  kita berada dalam kitaran pulangan balik.

60% daripada wang saku yang pelajar dapat biasanya disalurkan ke bahagian ''TERPAKSA''.
Knape terpaksa?.. yew lah, mknan,minuman,yuran, minyak dan tempat penginapan, benda-benda mcm ni adalah keperluan asas seorang pelajar. So, keperluan dan tekanan disini sangat tinggi... pandai2 lah anda untuk membudjetkan sendiri wang anda, dan saya cadangakn kita hnya memperuntukkan sebanyak 60% daripada wang saku yang kita perolehi.

Untuk ''BOROS'' kita seharusnya hanya menggunakan sebanyak 5% . Hal ini kerana, keperluan adalah rendah kemungkinan tekanan adalah tinggi. Tekanan tinggi kerana  kita selalu tertarik akan promosi dan kepelbagaian barang yang dijual di pasaran terutama kpd golongan mahasiswi,,hehhee.

Yang terakhir, ''SAMPAH''.. kita perlu meminimumkan seminimumnya or sbg anggaran kita hanya mengambil 5% daripada wang saku kita. ''Sampah yang saya maksudkan adalah seperti seseorang pelajar tidak perlu membeli keperluan sepert t.v, peti ais, radio, dan sbg nyer..benda macam ni tak penting untuk seorang pelajar, tapi penting untuk orang yang dah ada keluarga..huhu.

Secara konklusinya, setiap wang yang kita dapat perlu lah ada perancangan dalam penggunaannya. So, ingat jgn boros tau, jangan mengharapap sangat wang daripada parents anda... bila dah besar ni jadilah matang dan lebih berdikari. Mungkin ada juga rakan-rakan yang kurang faham dengan entry ini, tapi apa-apa pun kemiskinan dalam bandar di Malaysia sangat tinggi. Berjimat-jimatlah yea, membazir adalah amalan syaitan.

No comments: