Wednesday, 20 February 2013

Motivasi Bila Kecewa

Wah tajuk entry ni lain macam je..sape yang tengah kecewa dan dikecewakan ni..aku ke? Eh, tak lah, sesaje je nak masuk bab-bab macam ni,x leh ke? Citernya gini (nak jugak bercerita aku ni =='')
..eh x panjang pun pendek je citernya,


Tadi masa duk bukak fb, google dan bagai-bagai lagi, terkena lah pulak satu blog ni aku jumpa,, wah macam bagus je kalau disharekan kebaikan entry-entry nya, tak begitu kan,kan..
So,entry yang ni. aku copy pasta je lah, aku jujur ni,,hihi

x salah sekiranya menyampaikan yang baik, tuan punya blog tadi mesti terharu kot,,hahaha btw thnks ya

....maka itu, silakanlah membaca ayat-ayat yang berikut =)



KENAPA AKU DIUJI?
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan;
 "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg
 sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui
 org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai
 sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

RASA FRUST?
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling
tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139

BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
 perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh,
di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta
 bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
-Surah Al-Baqarah ayat 45

APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk
mereka..."
-Surah At-Taubah ayat 111

KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubah ayat 12

AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI!!!!!
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa drp rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah
melainkan kaum yg kafir."
-Surah Yusuf ayat 12

moga menjadi motivasi kepada mereka yang selalu rasa dilupakan..Allah x lupakan kita...