Wednesday, 1 April 2015

Hari-hari yang dilalui. Manfaatkan.

Assalammualaikum kepada pembaca yang tak sengaja singgah di blog ini.....
Hari ni 1/4/2015 (rabu), merupakan hari pertama GST dijalankan. Haha, bukan nak cerita pasal GST pun, malas nak ambik kisah sangat. Saje je nak mention tarikh ni supaya bila dah tua nanti bila tengok blog yang tak seberapa ni, boleh mengimbau kembali karenah kawan-kawan dan orang ramai yang sibuk berceloteh pasal Gst.

Ketika aku sedang menaip disini, 'esok sedang berlari menuju aku'. Dalam fikiran ku sekarang bahawa esok aku akan puasa qada', mengambil test subjek plant nutrition , membuat PDA untuk isolation fungi, pergi ke glass house melihat pokok kangkung, membeli makanan untuk berbuka puasa dan mengikuti usrah dimalam hari. Apa yang hendak aku sampaikan disini ialah, manusia itu merancang, Allah yang tentukan. Sebenarnya setiap hari kita akan melalui corak hari yang sama memikirkan apa yang akan berlaku keesokkan harinya dan meredah hari yang realiti. Sebagai manusia, sekiranya kita hanya mengejar dunia kita hanya nampak perkara yang sama kita akan lalui di setiap hari. Jadi, terasa rugikan dengan ruang masa yang ada , sedangkan kita tidak sedar bahawa kita ibarat hamster yang berlari di roller coasternye tapi hakikatnya masih ditempat yang sama.

Jadi bagaimana hendak mencorakkan hari-hari kita dengan pengisian yang menyebabkan kita terasa bahawa hariku ini tidak seperti semalam ialah dengan membuat amal jariah dengan ikhlas, tanpa diketahui oleh sesiapa kecuali Allah.

Amal jariah tidak semestinya bersedekah. Apabila kita membuat kebaikan sudah menjadi amal jariah. Asalkan kebaikan yang kita buat bukan untuk menyatakan bahawa diri sendiri baik tetapi melakukan kebaikan semata-mata mengharapkan keredhaan Allah. Bila kita membuat kebaikan untuk menunjuk kepada manusia, sebenarnya corak hari kita masih tidak menarik dan semakin pudar. Hanya membuat kebaikan seikhlasnya umpama semut hitam dibatu hitam di malam yang gelita, dapat menimbulkan corak yang sangat cantik dalam kehidupan seharian kita. Kita akan terasa dengan sendirinya kenikmatan keikhlasan yang dilakukan.


Sampai sini sahaja coretan. Wasalam semua. ^_^