Tuesday, 25 December 2012

6 wasiat imam ghazali

Hai semua, sekarang ni minggu exam. Peluang yang Allah berikan kepadaku untuk studi habis-habisan untuk final sem satu. Walaupun masa lapang telah Allah kurniakan kepada aku, kalau Allah tak meredhainya, aku still tak boleh fokus ketika mengulangkaji. Walau sesibuk mana pun kita berurusan kerana Allah, maka setiap masa  pendek yang diberikan itu sangat bernilai dan Allah pasti akan permudahkan untuk kita memahami subjek yang diulangkaji. Semua itu kuasa Allah. Entry kali ini just nak share apa yang terbuku dihati saja,share entry yang tak tetap tajuk nya, just apa yang terfikir,disampaikan untuk peringatan diri sendiri dan kawan-kawan.

Bila Diana Amir post di facebook pasal wasiat Imam Ghazali, aku pun tersentuh dengan pesanan tersebut, hayatilah~

6 Wasiat imam ghazali:

(1)Bila lihat org jahil, angaplah mrk lbh mulia krn mrk brbuat dosa krn kejahilan, sdgnkn kita brdosa dlm keadaan mengetahuinya..

(2)bila brjumpa kanak2, angaplah mrk lebih mulia drp kita krn mrk belum dibebani dosa.

(3)bila brjumpa dgn org tua pula, angaplah mrk juga lbh mulia, krn mrk lbh lama bribadah n brtaubat drp kita.

(4)bila brjumpa dgn org alim, angaplah mrk lebih mulia, krn banyaknya ilmu n ibadat mrk.

(5)bila brjumpa org jahat, jangan angap kita mulia, tetapi, katakan..mungkin org itu akan brtaubat pd masa tuanya, sedangkn kita belum tentu bgaimana akhirnya kehidupan kita.

(6)bila brtemu org kafir-katakn belum tentu dia akan kafir selama-lamanya..

-Imam Ghazali mendidik hati kita agar banyak muhasabah diri, drp banyak mengata pd org.


Sebagai pengajaran daripada pesanan Imam Ghazali itu, aku faham bahawa dalam kehidupan ini kita tidak boleh salah sangka apa yang berlaku disekeliling kita, bersangka baik itu perlu supaya hati kita saban hari menjadi semakin jernih, dan kita akan dielakkan daripada penyakit hati yang dengki, iri hati, tidak puas hati, dan sbgnya.... sekian itu sahaja coretanku, Assalamualaikum .....